Penyokong Kedah merusuh di Alor Setar

Astro Awani
Februari 26, 2013 07:04 MYT
Kecewa selepas tumpas kepada Johor Darul Takzim di tempat sendiri, penyokong Kedah bertindak berkumpul di luar Stadium Darul Aman.
Pasukan Johor Darul Takzim mara ke suku akhir Piala FA apabila mengalahkan Kedah 5-4 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas tamat masa tambahan.
Mereka turut mempertikai mutu pengadilan permainan.
Dianggarkan lebih seribu mengambil bahagian dan kemudian bertindak membaling duit syiling. Ia sebagai simbolik kepada dakwaan mereka berlakunya rasuah di kalangan pengadil pada permainan berkenaan.
Usaha polis untuk mengawal keadaan juga dihalang selepas mereka bertindak membaling botol ke arah pasukan berkuasa.
Ekoran insiden itu, beberapa penyokong ditahan. Mereka bagaimanapun dibebaskan selepas selepas perbincangan diadakan.
#Johor Darul Takzim #Kedah #penyokong #Piala FA
;