Penyokong Chile rempuh kawasan media

Umaira Uyop
Jun 19, 2014 10:04 MYT
Bilik media dirempuh penyokong bola sepak dalam cubaan memasuki stadium
Ratusan penyokong bola sepak menceroboh kawasan media di Stadium Maracana, Rio de Janeiro sewaktu perlawanan menentang Sepanyol dalam kejohanan Piala Dunia.
Insiden berlaku kira-kira 45 minit sebelum permainan berlangsung.
Pagar yang memisahkan kawasan media dan awam dirempuh sehingga menyebabkan beberapa kerosakan termasuk memecahkan pintu dan dinding dalam cubaan memasuki stadium.
Pengawal keselamatan cuba untuk menghalang namun ia mengakibatkan dinding sementara yang dibina runtuh.
Bagaimanapun keadaan berjaya dikawal dengan bantuan pihak polis, bomba dan tentera.
Kejadian ini menyebabkan ribuan peminat bola sepak terpaksa berpatah balik dan tidak dapat menonton perlawanan.
Mereka dipercayai penyokong pasukan Chile.
Insiden ini menimbulkan persoalan pada tahap kawalan keselamatan yang mana sebelum ini penyokong Argentina turut berjaya meloloskan diri memasuki stadium tanpa membeli tiket, ketika perlawanan menentang Bosnia & Herzegovina.
#Brazil #Chile #FIFA #olabolaawani #sepanyol #World Cup
;