Penyokong cedera penghadang runtuh

Astro Awani
Februari 1, 2013 16:02 MYT
Beberapa penyokong bola sepak cedera di arena Gremio, Porto Alegre pada Rabu selepas sebuah penghadang yang memisahkan tempat duduk penyokong, runtuh.
Insiden itu berlaku semasa berlangsungnya perlawanan rasmi pertama stadium berkenaan.
Penghadang berkenaan runtuh selepas kumpulan penyokong berlari di kawasan tempat duduk bagi meraikan gol pasukan mereka.
Laporan media menyebut, lapan penyokong yang mengalami kecederaan ringan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, mereka dibenarkan pulang tidak lama selepas itu.
Arena Gremio yang dibuka pada November tahun lalu, tidak tersenarai antara stadium yang akan digunakan untuk kejohanan piala dunia 2014 di Brazil.
Kini, timbul persoalan sejauhmanakah selamatnya lokasi-lokasi kejohanan Piala Dunia 2014 dan sukan Olimpik 2016 yang akan dihoskan oleh Brazil.
#Brazil #Piala Dunia 2014 #Stadium Gremio #Sukan Olimpik 2016
;