Penyerang Pahang, Fauzi Roslan mahu buka buku baru
Astro Arena
Disember 25, 2015 21:35 MYT
Disember 25, 2015 21:35 MYT
Musim 2015 bukanlah tahun manis buat penyerang Pahang Fauzi Roslan setelah mengalami prestasi turun naik disamping dihimpit masalah kecederaan.
Walaubagaimanapun, pemain berusia 27 itu berhajat mahu jadikan 2016 sebagai musim yang lebih baik.
Fauzi akui kehilangan beberapa tonggak bukanlah satu berita yang baik namun yakin ada hikmah disebalik perkara yang berlaku.
"Kehilangan mereka tidak berapa dirasai tatkala kami sudah lama bersama," katanya yang dipetik di laman sesawang Berita Harian Online.
Disamping itu, Fauzi percaya perlantikan Ahmad Shaharuddin Rosdi selaku pengendali baru Pahang adalah keputusan yang tepat.
Sasaran Fauzi ketika ini adalah mahu pemain muda yang akan membarisi skuad Tok Gajah cepat mencapai keserasian bagi mengharungi Liga M 2016.