SHAH ALAM: Selangor FC hari ini mengumumkan penyerang dari Colombia, Ayron Del Valle menjadi pemain import ketiga skuad Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.
Pemain berusia 34 tahun berkenaan adalah pemain terbaharu keenam dipilih menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu selepas Ahmad Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran, Mohamad Faisal Abdul Halim, Noor Al-Rawabdeb dan Rauf Salifu.
Ayron berkata beliau tidak mahu menjanjikan jumlah gol yang akan dijaringkan tetapi berikrar untuk melakukan yang terbaik buat skuad merah kuning itu.
Beliau berkata usianya juga tidak dijadikan sebagai alasan untuk memberikan persembahan yang terbaik dalam saingan musim ini.
"Usia tidak menjadi masalah kerana saya dari liga yang sangat kompetitif iaitu Liga Colombia. Saya cergas untuk bermain, saya tahu kemahiran dan kapasiti saya," katanya ketika ditemui pemberita sempena Hari Jersi Selangor dan Pameran Stadium Shah Alam di pusat beli-belah SACC Mall, di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata Ayron adalah pemain import ketiga baharu yang dipilih bagi menyertai skuad tersebut.
"Sebelum ini, kami baru sahaja menambah dua pemain import dari Jordan iaitu Noor Al-Rawabdeb dan pemain berasal Ghana, Rauf Salifu. Hari ini kami juga perkenalkan Timbalan Jurulatih baharu, Ramon Marcote bagi membantu Tan Cheng Hoe mengemudi Selangor.
"Kami bangga dan gembira dapat membawa pemain dan jurulatih ini bersama Selangor FC. Semua pemain mempunyai rekod dan mampu bermain dengan baik.
"Ramon dibawa ke sini selepas menerima pandangan Cheng Hoe yang pernah bekerjasama dengannya ketika melatih pemain Kedah. Kami harap kerjasama mereka memberi momentum padu," katanya.
Sementara itu, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dalam kenyataan berasingan melalui portal rasminya hari ini, memaklumkan Ayron memulakan karier profesionalnya bersama Expreso Rojo sejak berusia 18 tahun dan telah beraksi di Liga Colombia selama 13 tahun sejak 2007 sehingga 2019.
"Antara pencapaian terbaiknya adalah memegang takhta penjaring terbanyak Liga Dimayor selama tiga musim berturut-turut.
"Setakat ini, beliau telah menjaringkan 157 gol sepanjang kariernya termasuk 140 gol di Liga Colombia dan tujuh jaringan di Liga Mexico. Ayron juga pernah menjulang trofi juara dua kali di Liga Primera A pada tahun 2017 dan Liga Super musim 2018," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023
Pemain import baharu Selangor FC, Ayron Del Valle berasal dari negara Colombia diperkenalkan pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain Import Baharu Selangor FC bagi Liga Malaysia Musim 2023 di SACC Mall Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Liga Super: Ayron del Valle aset berharga Selangor, bukan 'scammer', kata Cheng Hoe
Kelahiran Colombia itu sekali lagi membuktikan ketajamannya di depan gawang apabila menjaringkan gol berganda di Ipoh pada Sabtu.
Bekas penjaring gol terbanyak Liga Colombia bakal perkuat Selangor FC?
Penyerang itu berkemungkinan besar akan diumumkan dalam Majlis Hari Jersi Selangor hari ini.