Penjagaan makanan penting untuk pemain pada Ramadan
Astro Arena
Julai 2, 2015 21:50 MYT
Julai 2, 2015 21:50 MYT
"Kadar pemakanan seimbang dan pengambilan air mencukupi amat penting buat pemain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada bulan Ramadan kali ini".
Itu pandangan pegawai Dietetik sukan, Institut Sukan Negara (ISN) Mohd Qusyairy Ajman Mohd Amin.
saingan Liga M kali ini adalah julung kali ia berlangsung pada bulan Ramadan.
Bagi Mohd Qusyairy, apa yang penting adalah pemain perlu jelas mengenai kadar makanan dan air yang perlu diambil.
Cabaran buat pemain adalah untuk memastikan kadar kuantiti pengambilan makanan dan minuman sama, dengan sebelum bulan Ramadan.
Kadar pengambilan tidak mencukupi juga mampu memberi kesan buat pemain.