Penjaga gol terkenal Syria, Abdel Basset Sarout 'gugur' dalam pertempuran
Agensi
Jun 8, 2019 05:58 MYT
Jun 8, 2019 05:58 MYT
PEMAIN bola sepak terkenal dari Syria, Abdel Basset Sarout dilaporkan terbunuh dalam satu pertempuran kumpulan pemberontak dengan tentera rejim Presiden Bashar Al Assad.
Abdel Basset merupakan penjaga gol pasukan Homs dan beliau juga terkenal dengan gelaran ‘Singer of the Revolution’ kerana menyanyikan lagu permbakar semangat sewaktu perhimpunan yang menyaksikan pertembungan antara penunjuk perasaan dan tentera Bashar yang tercetus pada 2011.
Dia juga merupakan komander kumpulan pemberontak Jaish Al Izza meninggal dunia selepas cedera ketika bertempur di utara Hama.
Jurucakap kumpulan itu berkata semangat Abdul Basset akan kekal bersama mereka dalam perjuangan menentang rejim Bashar.
Sementara itu ketegangan terus memuncak di wilayah utara Syria selepas pihak tentera menyerang kubu kuat terakhir pemberontak.
Pertempuran di Idlib dan Hama juga merupakan kemaraan tentera kerajaan terbesar dalam siri pertempuran bersama puak pemberontak.
#Abdel Basset Sarout
#bola sepak
#cedera
#meninggal dunia
#penjaga gol
#perhimpunan
#presiden
#Syria
#tentera