Pengurus bola sepak mahu peraturan gol di tempat lawan dipinda

Ian Johan Ariff
September 5, 2018 16:54 MYT
Pengurus-pengurus kelab bola sepak Eropah mahu UEFA meminda peraturan gol di tempat lawan, apa kata anda? - Gambar fail.
PERATURAN gol di tempat lawan memberi kelebihan kepada pasukan yang berjaya mendahului di tempat lawan untuk mara ke peringkat seterusnya dalam perlawanan timbal balik.
Perkara ini kita dapat saksikan dalam saingan bola sepak di Eropah, terutama sekali Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Kajian yang diadakan Universiti Bath pada 2006 membuktikan pengurus-pengurus di England mahukan perubahan dan pada Selasa, pengurus-pengurus liga-liga utama di Eropah bersatu dan meminta supaya badan bola sepak rantau itu, UEFA meminda semula peraturan itu dalam kejohanan yang dianjurkan badan itu.
Menurut Setiausaha Agung UEFA, Giorgio Marchetti, pengurus dan jurulatih berpendapat bahawa menjaringkan gol di tempat lawan bukan lagi perkara yang sukar seperti dahulu.
Disebabkan peraturan itu, pasukan yang bersaing tidak produktif kerana kerap kali pasukan yang sudah mendahului di tempat lawan sekadar bertahan di gelanggang sendiri, menjadikan perlawanan membosankan.
Peraturan yang memberi kemenangan kepada pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol di tempat lawan itu diperkenalkan pada kejohanan Eropah pada 1965.
Ia bagi menggantikan peraturan membaling duit syiling, di mana pasukan bergantung nasib pada balingan syiling.
Selain itu, ia juga dapat mengelak daripada menentukan pemenang dengan mengadakan perlawanan semula di gelanggang yang berkecuali.
Jadi adakah anda bersetuju dengan menamatkan peraturan gol di tempat lawan ini?
Sertai undian di Twitter Bula Bola Astro AWANI.

Pengurus, jurulatih mahu #UEFA meminda semula peraturan gol di tempat lawan. Apa kata anda? Setuju atau tidak?

— Bual Bola AWANI (@bualbola) September 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bual Bola #Giorgio Marchetti #UCL #UEFA
;