Pengguna media sosial perlekeh Sepanyol
Syafique Shuib
Jun 19, 2014 13:01 MYT
Jun 19, 2014 13:01 MYT
Kekalahan juara bertahan Sepanyol daripada saingan Piala Dunia 2014 selepas tewas 0-2 kepada Chile dalam perlawanan Kumpulan B turus mendapat perhatian pengguna media sosial, khususnya di Twitter.
Kata kunci ‘Spain vs Chile’ terus menjadi trending di media sosial.
Terdahulu, Sepanyol dibelasah 1-5 oleh Netherlands dalam perlawanan pertama sangat memerlukan kemenanagan bagi menghidupkan peluang untuk bersaing merebut tempat ke pusingan kedua.
Akaun Twitter World Cup 2014 (@WorldCupTweets) berjenaka tentang kekalahan Sepanyol:
Peminat-peminat bolasepak lain turut memberikan komen-komen mereka. Ada yang bersimpati, manakala ada juga yang turut menyindir juara bertahan itu: