Pengendali Getafe tekad bantu Greenwood 'pulihkan status profesional' di Sepanyol
Astro Arena
September 4, 2023 08:15 MYT
September 4, 2023 08:15 MYT
KETUA jurulatih Getafe, Jose Bordalas mempertahankan keputusan kelab untuk membantu Mason Greenwood menemui semula rentak terbaiknya.
Pemain berusia 21 tahun itu menyertai pasukan LaLiga secara pinjaman daripada Manchester United, yang menggantungnya pada Januari 2022 atas dakwaan berkaitan seorang wanita selepas imej dan video yang tular dalam talian, pada hari tarikh akhir perpindahan.
Greenwood menghadapi tuduhan termasuk cubaan merogol dan melakukan kekasaran, tetapi Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota mengumumkan pada Februari bahawa kes itu telah dihentikan.
Ditanya mengenai keputusan menandatangani pemain antarabangsa England itu selepas kekalahan liga 2-1 pasukannya di Real Madrid pada hari Sabtu, Bordalas memberitahu sidang akhbar, “Ia adalah situasi yang sangat rumit untuk meremehkan isu itu.
“Semua orang tahu apa yang berlaku dan langkah sewajarnya telah diambil. Semua orang tahu bagaimana ia berakhir, dengan hukuman tidak disabitkan.
“Dia seorang pemain bola sepak pada tahap yang sangat tinggi dan tiba di Getafe dengan penuh semangat.”