Penganjur gembira capai jumlah jualan tiket yang besar untuk Sukan Olimpik Paris

Bernama
September 13, 2024 07:15 MYT
Temasya Sukan itu berjaya dalam semua aspek, kata Ketua Jawatankuasa itu Tony Estanguet. - Foto fail/REUTERS
PARIS: Sukan Olimpik Paris menyaksikan satu rekod jualan sebanyak 9.56 juta tiket dan Sukan Paralimpik Paris mencapai jualan tiket kedua tertinggi sebanyak 2.58 juta lapor Agensi Berita Kyodo, memetik jawatankuasa penganjur tempatan pada Jumaat.
Kedua-dua set nombor akhir mewakili kira-kira 95 peratus tiket telah dijual. Temasya Sukan itu berjaya dalam semua aspek, kata Ketua Jawatankuasa itu Tony Estanguet dalam satu sidang akhbar di Saint-Denis, di luar Paris.
Upacara pembukaan pertama di luar stadium dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Panas berjalan tanpa masalah besar selepas sejumlah besar pegawai polis dan tentera ditempatkan di jalanan.
Estanguet juga menegaskan bahawa acara triatlon telah diatur dengan baik walaupun jadual berubah disebabkan oleh kualiti air Sungai Seine yang menurun.
-- BERNAMA
#Sukan Olimpik Paris 2024 #jualan tiket #Sukan Paralimpik Paris 2024 #rekod jualan
;