Pengadil terlepas pandang Vinicius Junior jadi mangsa terjahan
Astro Arena
Februari 6, 2023 10:40 MYT
Februari 6, 2023 10:40 MYT
REAL MALLORCA 1 REAL MADRID 0
Carlo Ancelotti mempertahankan kelibat Vinicius Junior selepas penyerang Brazil itu diberi layanan kasar dalam kekalahan Real Madrid di Real Mallorca, malam tadi.
Los Blancos terlepas peluang untuk merapatkan jurang lima mata dengan pendahulu LaLiga, Barcelona, berikutan jaringan sendiri Nacho untuk tunduk 0-1 yang turut menyaksikan sepakan penalti Marco Asensio diselamatkan.
Vinicius -- yang mengadu menjadi sasaran keras dalam kemenangan 4-1 ketika berdepan lawan sama pada September lalu -- dikasari 10 kali yang merupakan jumlah terbanyak oleh mana-mana pemain Madrid dalam perlawanan liga utama Sepanyol sejak Isco mengalaminya ketika menentang Real Betis pada Ogos 2013.
Setelah melabel Vinicius kurang dihormati pada awal musim ini, ketua pasukan Mallorca, Antonio Raillo juga meningkatkan tekanan ke atas pemain berkenaan pada awal minggu ini dengan berkata bahawa dia tidak akan menyebut pemain berusia 22 tahun itu sebagai contoh teladan untuk anaknya.
Tetapi Ancelotti pantas mempertahankan penyerangnya itu dengan memberitahu Movistar: "Semua yang berlaku bukan salah Vinicius. Apa yang dia mahu lakukan ialah bermain bola sepak dan kemudian ada suasana yang mencetuskan provokasi, terjahan yang menghimpitnya.
“Fokusnya perlu diubah. Kami perlu mengkaji apa sebenarnya yang berlaku ke atasnya dalam perlawanan hari ini.
"Hari ini, pengadil sudah lupa tentang kesalahan serupa sebelum ini. Ia insiden adalah kad kuning tetapi kekasaran itu terjadi berulang kali. Dalam separuh masa pertama, kami telah mengutip dua kad kuning sementara Mallorca sifar.
"Ia kekalahan yang sangat memeritkan dalam soal ini tetapi ia adalah satu pertembungan yang kami sudah jangkakan. Kami berdepan kekuaran dengan banyak kesalahan dan kekasaran.
"Perincian kecil menjadi penentu kepada perlawanan ini. Kami sangat terkesan dengan gol yang dibolosi awal serta kegagalan sepakan penalti."