Pengadil EPL terima ancaman, ugutan jenayah ekoran beri kad merah

Astro Arena
Januari 27, 2025 09:30 MYT
Michael Oliver melayangkan kad merah kepada Myles Lewis-Skelly, dalam perlawanan EPL antara Arsenal dan Wolverhampton Wanderers, 25 Jan 2025. - Foto StadiumAstro
PENGADIL terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Michael Oliver, menerima ancaman berbaur ugutan jenayah daripada segelintir peminat selepas keputusannya melayangkan kad merah kepada pemain Arsenal, Myles Lewis-Skelly, dalam pertembungan menentang Wolverhampton Wanderers, pada Sabtu.
Tindakan tersebut mengakibat ketua jurulatih, Mikel Arteta, berang dengan Oliver meskipun tamat permainan Arsenal tetap mendapatkan tiga mata penuh.
Perkara itu juga menerima pelbagai reaksi daripada penggemar bola sepak yang memberikan pendapat berlainan mengenai hukuman berat itu.
Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) memuat naik satu kenyataan yang menegaskan bahawa mereka menolak sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan yang berlaku.
"Tiada pegawai perlawanan boleh dikenakan sebarang bentuk jenayah atau serangan berbahaya seperti yang ditujukan kepada Oliver dan keluarganya sejak 24 jam yang lalu.
"Pihak polis sedang menjalankan siasatan. Kami menyeru semua penyokong menyelar dan menangani insiden yang tidak boleh diterima ini," katanya. - StadiumAstro

PGMOL Statement pic.twitter.com/Go2gVNSzfk

— PGMOL (@FA_PGMOL) January 26, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#EPL #pengadil #Michael Oliver #ugutan jenayah
;