Pengadil England henti perlawanan ketika azan berkumandang
Ian Johan Ariff
Januari 25, 2018 18:03 MYT
Januari 25, 2018 18:03 MYT
VIDEO pengadil England, Mark Clattenburg yang menghentikan perlawanan selepas mendengar azan berkumandang, tular di media sosial terutama sekali di kalangan peminat bola sepak.
Ia berlaku dalam satu perlawanan Piala Raja-Raja Arab Saudi antara Al Feiha dan Al Fateh, semalam.
Perkara ini sudah menjadi amalan di Malaysia, walaupun dikendali pengadil bukan Islam. Bagaimanapun, video ini tular di media sosial kerana dilakukan oleh seorang pengadil yang popular dan bukan seorang Islam.
Tindakan Clattenburg mendapat pujian ramai kerana sikapnya yang sensitif terhadap budaya dan agama negara tersebut.
Peristiwa tersebut dapat disaksikan di saluran YouTube, Malayalam News.
Sudah pasti Clattenburg diberi taklimat mengenai perkara ini sebelum mengendali sesebuah perlawanan bola sepak di Arab Saudi.
Clattenburg adalah seorang pengadil bola sepak yang disegani di Eropah dan antara pengadil yang terbaik di Liga Perdana dan England.
Namun Clattenburg membuat keputusan untuk berhijrah ke Arab Saudi untuk menggantikan rakan senegaranya, Howard Webb sebagai ketua pengadil untuk Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) pada Februari 2016.
Menurut laporan akhbar Britain, Mirror, Webb terkejut dengan keputusan Clattenburg untuk berhijrah ke Arab Saudi kerana dia mungkin terlepas untuk dipilih menjadi pengadil pada Piala Dunia 2018 di Rusia nanti.
#Al Fateh
#Al Feiha
#Arab Saudi
#England
#Howard Webb
#Malayalam News
#Mark Clattenburg
#pengadil bola sepak
#Piala Raja-Raja
#Premier League
#SAFF