Pendarahan otak: Bekas penjaga gol Man United, Van der Sar 'stabil tetapi masih membimbangkan'
Astro Arena
Julai 9, 2023 14:08 MYT
Julai 9, 2023 14:08 MYT
KEADAAN bekas penjaga gol Belanda dan Manchester United, Edwin van der Sar, kekal stabil namun 'masih membimbangkan' selepas mengalami pendarahan otak.
Bekas pemain berusia 52 tahun itu dimasukkan ke unit rawatan rapi pada hari Jumaat dan keluarganya telah melahirkan rasa terima kasih atas mesej sokongan yang mereka terima.
“Edwin van der Sar akan kekal dalam rawatan rapi buat masa ini,” kata satu kenyataan oleh Ajax.
“Keadaan beliau stabil tetapi masih membimbangkan. Ajax berkongsi maklumat ini bagi pihak Annemarie van der Sar, isteri Edwin.
“Keluarga Van der Sar, bersama Ajax, bersyukur dan sangat terharu dengan banyak mesej sokongan.” -- Stadium Astro