Pencapaian Welson bukti masa depan cerah sukan renang
Astro Arena
Mac 18, 2016 20:00 MYT
Mac 18, 2016 20:00 MYT
Perenang negara, Welson Sim, melayakkan diri ke Rio secara merit dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki apabila melepasi had kelayakan 3m 50.44s.
Atlit berusia 19 tahun itu telah merekodkan 3m, 50.33s untuk memenangi emas Kejohanan Peringkat Umur Kebangsaan Singapura pada Khamis.
Bekas jaguh renang yang kini jurulatih, Lim Keng Liat berkata, pencapaian yang dilakukan Welson itu membuktikan bahawa skuad renang masih mempunyai masa hadapan yang cerah.
"Hari yang menggembirakan buat Malaysia kerana sudah lama tiada atlet negara yang layak ke Olimpik dalam acara renang.
"Saya juga bangga dengan pencapaian Welson kerana sudah pasti dia berkerja keras untuk mencipta kejayaan ini," katanya.
Keng Liat merupakan perenang terakhir negara untuk beraksi di pentas Olimpik secara merit iaitu Athens 2004.
Ketika itu dia melayakkan diri dalam kategori A bagi acara 100 meter kuak lentang.
"Aksi terbaik saya sudah pasti ketika penampilan pertama saya kerana saya berjaya memecah dua rekod kebangsaan (100m dan 200m kuak lentang) manakala penampilan ketiga, saya berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir dalam acara 100m kuak lentang," katanya.
#kelayakan sukan OLimpik Rio
#kem renang negara
#Lim Keng Liat
#Olimpik Rio
#perenang negara
#Welson Wee