Penalti Jorginho pastikan Chelsea kembali temui rentak kemenangan

Astro Arena
Disember 12, 2021 09:29 MYT
Jorginho (kiri) meraikan bersama Marcos Alonso selepas menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan EPL antara Chelsea dan Leeds United di stadium Stamford Bridge, London, 11 Dis 2021. (Foto AP)
CHELSEA terpaksa bergantung kepada sepakan penalti masa kecederaan daripada Jorginho untuk mengatasi Leeds United dalam kemenangan dramatik 3-2 dalam Liga Perdana Inggeris semalam.
Gol daripada Mason Mount dan dua sepakan penalti daripada pemain Itali itu membatalkan gol pembukaan Raphinha dan gol lewat Joe Gelhardt di Stamford Bridge.
Selepas kehilangan tempat teratas liga minggu lalu susulan kekalahan 3-2 kepada West Ham, sebelum juga kehilangan tempat pertama dalam kumpulan Liga Juara-Juara mereka berikutan seri 3-3 di Zenit, satu lagi keputusan kurang baik adalah perkara terakhir yang diperlukan anak buah Thomas Tuchel.
The Blues hampir mengulangi kesilapan yang sama buat kali ketiga apabila pemain gantian Leeds, Gelhardt meledak gol penyamaan pada minit ke-83, namun terjahan Mateusz Klich terhadap Antonio Rudiger membenarkan Jorginho untuk memastikan kemenangan pada minit ke-94.

2 - Antonio Rüdiger is only the second Chelsea player to win two penalties in a single Premier League match, after Yuri Zhirkov against Aston Villa in March 2010. Cunning.

— OptaJoe (@OptaJoe) December 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Chelsea #EPL #Leeds United
;