Peminat yakin Harimau Malaya akan bangkit pada final kedua

Haider Yutim
Disember 18, 2014 05:17 MYT
Malaysia tewas 2-0 dengan Thailand dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014. Foto EPA
Semangat peminat skuad bolasepak negara Harimau Malaysia masih kuat meskipun pasukan itu tewas pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand, semalam.
Reaksi daripada warga media sosial Twitter mendapati rata-rata mereka yakin bahawa Malaysia mampu bangkit semula pada perlawanan akhir kedua nanti.
Malah kebanyakan mereka menyatakan rasa tidak sabar untuk berkunjung ke Stadium Bukit Jalil 20 Disember ini bagi memberikan sokongan padu kepada pemain kebangsaan.

Kekalahan semalam taksikit pun lunturkan semangat turun ke BJ.Yg luka mampu pulih, yg sukar tiada yg mustahil.Yakin Harimau Malaya bangkit!

— fikri amir (@_FikriAmir) December 18, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rileks. Malaysia suka macam ni. Kalah first leg. Menang besar second leg. #ayatsedaphati

— Amalia (@dayangAm) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Don't worry tigers, we go fullforce at SNBJ this saturday, I'll be there, the whole nation will be there for you! #BringItHomeMY #MASvsTHA

— Muhd Shamil (@mshamil10) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Just not our day.. Its okay, see you next game. Harimau akan bangkit, itu pasti!! #PialaAFFSuzuki2014 #HarimauMalaya

— nurfarahana (@farashazmie) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semangat kebangkitan turut dinyatakan beberapa ahli politik tempatan termasuk Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan.

Kalah tidak bermakna tewas. Sukar tidak bermakna mustahil. Yang jatuh mampu bangun. Yang luka mampu pulih.... http://t.co/GADXZMbSZY

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 18, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

good effort guys ....we shall give Thailand a surprise at Bukit Jalil on Saturday.... Bangkit #HarimauMalaya !!!! #MalaysiaBoleh

— Tan Keng Liang (@tankengliang) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jangan susah hati.Hero selalu menang last.Ada 2nd round lagi. @HishammuddinH2O @Khairykj @mpkotabelud @razaliibrahim pic.twitter.com/UvMapHbaWX

— Datuk Huan CG. (@Huan2U) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh turut yakin bahawa pasukan Malaysia mampu menebus kekecewaan terhadap Thailand pada aksi final kedua kejuaraan itu Sabtu ini.
Katanya, biarpun ketinggalan 2-0 pada final pertama, bermain di hadapan ribuan penyokong Malaysia di gelanggang sendiri akan menyuntik semangat untuk mengatasi defisit serta mengulangi kejayaan 2010 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal.
Thailand semalam telah menundukkan Malaysia dengan kemenangan selesa, 2-0 pada perlawanan akhir pertama AFF Suzuki di Stadium Rajamangala, Bangkok.
Pasukan Gajah Perang itu telah memanfaatkan peluang mereka bermain di padang sendiri dan di hadapan penyokong sendiri.
Malaysia, bagaimanapun, mempunyai peluang bagi menebus maruah pada perlawanan kedua yang bakal diadakan pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
#AFF SUZUKI #bangkit #harimau Malaya #Khairy Jamaluddin #media sosial #Twitter