Peminat Red Warriors, Harimau Selatan berkampung di Bukit Jalil

Aizat Sharif
Jun 28, 2013 11:48 MYT
Demam perlawanan akhir Piala FA kian melanda peminat tegar bola sepak Kelantan dan Darul Takzim FC terutama di ibu negara.
Perlawanan yang akan berlangsung pada malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menjanjikan satu persembahan yang terbaik dari kedua-dua pasukan.
Meskipun tiket yang diperuntukkan untuk dijual di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu dan Stadium Larkin, Johor Bahru telah habis dijual, ini tidak mematahkan semangat penyokong kedua-dua pasukan untuk terus mendapatkan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Melalui tinjauan Twitter, penyokong dari kedua-dua pasukan telah mula ‘berkampung’ di perkarangan Stadium Bukit Jalil seawal jam 12 tengah malam meskipun kaunter tiket hanya akan dibuka pada jam 9 pagi ini.
Sebanyak 20,000 tiket telah diperuntukkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil dan ianya akan dijual berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.
Setiap seorang pembeli tiket hanya dihadkan boleh membeli empat tiket sahaja.
Malah, kegilaan penyokong kedua-dua pasukan dalam mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA ini turut mengundang kesesakan lalulintas di sekitar Bukit Jalil pada malam tadi.
Malah, kegilaan penyokong bola sepak kedua-dua pasukan ini turut dikongsi bersama menerusi laman Twitter.

Respect from Putrajaya untuk siapa yang dah berkhemah di SNBJ malam ni sebab nak beli tiket pagi esok #PFSLJ #PialaFA

— Sid power tak? (@sidchan) June 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Suasana di SNBJ dimana penyokong Kelantan dan JDT tidur dan berbaris untuk menunggu kaunter tiket dibuka pagi nanti. pic.twitter.com/rcN20QCbO8

— Khairil Anuar (@KhairilAnuar) June 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terkini di std bukit Jalil jam 7am pic.twitter.com/p7L9UHJ6sp

— Hafiz Wahid (@apizwahid) June 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Baru balik dari Stadium Nasional Bukit Jalil mencipta sejarah paling dasyat dlm pembelian ticket bola. Dari subuh ku menunggu 4jam bru dpt!!

— Nik Amirul (@NikAmerol) June 28, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Keadaan semasa di stadium Nasional Bukit Jalil. Ishhhhh3 ! pic.twitter.com/nSFFuPk0ca

— NaB¡L ツ (@Nabil_Apiz) June 28, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Chaos ticket! #facup #final #2013 @ Stadium Nasional Bukit Jalil http://t.co/AKWwWHPLpZ

— Adib Zulkiflee (@adibeast) June 28, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Suasana di depan kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil. pic.twitter.com/hHbKp56MAk

— Helmi Halim (@_emint_) June 28, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Di Kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil. Takde la ramai sangat orang beratur. pic.twitter.com/AZ1SKcGIl8

— Helmi Halim (@_emint_) June 28, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pukul 7 pagi tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil. pic.twitter.com/0tIxrhfQ43

— Helmi Halim (@_emint_) June 28, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pukul 6 pagi tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil. pic.twitter.com/qWhBjVOGcZ

— Helmi Halim (@_emint_) June 28, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Darul Takzim FC #final #Kelantan #Piala FA #Stadium Bukit Jalil #Twitter
;