Peminat JDT mula berkampung di Stadium Larkin demi tiket Piala FA
Azyyati Ahmad
Mei 8, 2016 22:40 MYT
Mei 8, 2016 22:40 MYT
Demi cintakan bola sepak!
Kehangatan perlawanan akhir Piala FA di antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang pasukan PKNS FC mula terasa apabila penyokong JDT sanggup berkhemah di luar perkarangan Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos malam Ahad.
Para penyokong berbuat demikian difahamkan bagi merebut 50,000 keping tiket yang akan dijual bermula jam 10 pagi Isnin.
Gambar-gambar berkampung di luar stadium yang turut dikenali sebagai Stadium Larkin itu telah dimuat naik oleh beberapa penyokong setia pasukan Harimau Selatan itu.
Pertembungan antara pasukan Liga Super, JDT dan Liga Perdana, PKNS FC dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada Sabtu ini.