Pemilihan pemain akademi Yayasan N.S. Sabtu

Bernama
November 5, 2012 12:56 MYT
Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) akan mengadakan sesi pemilihan untuk pemain Akademi Bolasepak Yayasan Negeri Sembilan bagi sesi 2013 di padang Rahang Square di sini Sabtu ini mulai pukul
8 pagi.
Setiausaha Eksekutif PBNS, Faizal Zainal berkata pemilihan pemain adalah untuk pelajar Tingkatan 3 dan 4 tahun ini.
"Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak kelahiran Negeri Sembilan," katanya.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pejabat PBNS di talian 06-7628494.
#Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan
;