Pemenang tujuh emas Sukan Olimpik, Jason Kenny, pilih bersara daripada berbasikal

Astro Arena
Februari 24, 2022 17:50 MYT
Bekas pelumba berusia 33 tahun itu memenangi tujuh pingat emas dan dua perak dalam empat edisi Sukan Olimpik, dengan yang terbaharu ketika mengungguli acara Keirin dalam Tokyo 2020. - Foto Astro Arena
OLIMPIAN paling berjaya Great Britain, Jason Kenny, mengumumkan persaraannya daripada sukan berbasikal untuk menceburi bidang kejurulatihan.
Kenny bersetuju untuk menerima peranan baru dalam British Cycling, sekali gus menamatkan karier gemilangnya selaku atlet.
Bekas pelumba berusia 33 tahun itu memenangi tujuh pingat emas dan dua perak dalam empat edisi Sukan Olimpik, dengan yang terbaharu ketika mengungguli acara Keirin dalam Tokyo 2020.
Kenny berkata kepada BBC: "Sebahagian daripada saya masih mahu meneruskannya dan mencuba untuk ke Paris (2024) dan saya agak sedih kerana tidak lagi dapat melakukannya.
"Peluang yang diberikan Bristih Cycling untuk saya menjadi jurulatih mungkin tidak akan ada lagi tiga tahun ke depan. Saya fikir saya perlu menerimanya ketika ini."
#Jason Kenny #acara berbasikal #pingat emas Olimpik #Azizulhasni Awang
;