Pemenang Anugerah Puskas bersara daripada bola sepak untuk jadi 'gamer'

Madiha Abdullah
Julai 30, 2016 11:50 MYT
Keputusan bersara itu juga didorong oleh faktor kekerapannya mengalami kecederaan.
HANYA selepas beberapa bulan berjaya mengetepikan ramai bintang bola sepak ternama untuk menjulang trofi Anugerah Puskas, Wendell Lira mengambil keputusan untuk bersara daripada sukan itu.
Lebih memeranjatkan, pemain kelab Brazil Vila Nova itu berbuat demikian untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya baharunya sebagai gamer.
Menurut laporan media Brazil, Lira yang baru berusia 27 tahun, kini fokus dalam memburu cita-cita baharunya bergelar juara permainan dalam talian, FIFA Interactive World Cup.
Keputusan bersara itu juga didorong oleh faktor kekerapannya mengalami kecederaan.

The player who won the 2015 Puskas award is retiring to become an Esports player @wendelllira

— Matt Craig (@MattHDGamer) July 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Puskas Award winner Wendell Lira retired... to become a professional gamer. What a world.

— Guilherme Cruz (@guicruzzz) July 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

1. Beat Messi to Puskas award 2. Retire 3. Become a professional gamer Meet Wendell Lira https://t.co/2Cj8xcSrMQ pic.twitter.com/9KQyrICAhm

— Pulse Ghana (@PulseGhana) July 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Wendell Lira, the man who won the Puskas Award last year, has retired at age of 27 to play FIFA professionally for a livingbr> Mental.

— Joe Crann (@YesWeCrann) July 28, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kata Lira, dia sudah mencapai satu tahap yang diinginkan dalam bola sepak, namun dalam masa yang sama, ia disulami kekecewaan apabila seringkali mengalami kecederaan dan perlu berehat panjang.
"Mungkin permainan FIFA adalah jawapan untuk saya meneruskan cita-cita dalam bola sepak, biarpun tidak secara langsung," katanya.
Dia juga akan mewujudkan akaun YouTube untuk tujuan itu.
Januari lalu, Lira menewaskan Lionel Messi dan Carlos Tevez untuk muncul sebagai pemenang Anugerah Puskas, yang disampaikan ketika upacara penganugerahan Ballon d'Or.
Anugerah Puskas diberi kepada pemain dengan jaringan gol terbaik dan tercantik, dan Lira memenanginya menerusi tendangan akrobatik berpusing yang dilakukannya dalam satu perlawanan yang membabitkan pasukan lamanya, Goianesia, menentang Athletico GO.
#Anugerah Puskas #Brazil #FIFA #Wendell Lira
;