'Pemandu wanita tidak akan dipandang serius' - CEO Formula One

Astro Arena
Januari 14, 2016 19:11 MYT
Eccleston mengakui dia tidak menjangkakan pemandu wanita beraksi dalam persaingan elit seperti F1 dalam masa terdekat. - Foto AFP/Tom Gandolfini

Tahun 1976 merupakan kali terakhir pemandu wanita mengambil bahagian dalam perlumbaan Formula One (F1) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bernie Ecclestone menyifatkan pemandu wanita tidak akan dipandang serius oleh pasukan ataupun penaja.

Eccleston mengakui dia tidak menjangkakan pemandu wanita beraksi dalam persaingan elit seperti F1 dalam masa terdekat.
"Saya sangat meraguinya. Walaupun ada pemandu wanita yang berbakat, mereka tidak akan dipandang serius.
"Secara automatik, mereka tidak akan dapat menghasilkan jentera yang cukup mantap dan setanding jentera pasukan lain," kata Ecclestone.
Dalam sejarah F1, hanya dua pemandu wanita pernah beraksi dalam perlumbaan F1 dan terakhirnya, Lella Lombardi pada tahun 1976.
Pada tahun 2014, Suzie Wolff mengambil bahagian dalam sesi latihan pasukan Williams bagi GP Jerman namun dia telah pun bersara daripada sukan permotoran.

#Bernie Ecclestone #F1 #Formula One #Lella Lombardi #pemandu wanita #Suzie Wolff
;