Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia
Astro Awani
Mei 14, 2021 12:03 MYT
Mei 14, 2021 12:03 MYT
KUALA LUMPUR: Pemanah senior negara, Haziq Kamaruddin, 27 tahun, meninggal dunia awal pagi ini.
Perkara itu disahkan rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan menerusi akaun Facebook miliknya pagi ini.
Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim turut mengucapkan takziah.
Haziq yang berasal dari Johor Bahru dan sudah berkeluarga, pernah mewakili negara dalam dua temasya sukan iaitu Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016.
Beliau juga sebelum ini banyak mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa dengan meraih pingat emas pada Sukan Kejohanan Memanah Asia 2011 di Tehran, Sukan SEA 2015 di Singapura dan Sukan SEA 2017 di Malaysia.
Pada 2012, beliau bersama Pandelela Rinong dinobat Olahragawan dan Olahragawati Terbaik Sekolah Sukan Bukit Jalil.
#meninggal dunia
#Facebook
#pemanah
#Haziq Kamaruddin
#Hospital Kajang
#atlet
#Olimpik Rio
#Sukan SEA
#Bukit Jalil