Pemain terlibat dalam pergaduhan bakal digantung
Astro Arena
Februari 12, 2022 08:00 MYT
Februari 12, 2022 08:00 MYT
SUSULAN insiden pergaduhan antara pemain, hukuman berat menanti pemain Terengganu FC II atau Penang FC apabila individu yang berkelakuan ganas dengan menumbuk atau menendang, difahamkan akan digantung dan pasukan pula akan didenda.
Hukuman akan ditentukan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandangkan pertandingan empat penjuru Piala Menteri Besar Terengganu mendapat kelulusan badan induk itu.