Pemain tenpin bowling negara Rafiq Ismail kini juara dunia

Madiha Abdullah
Disember 1, 2018 22:11 MYT
Rafiq menewaskan pemenang pingat emas 2014, Dan MacLelland dari Kanada dengan skor 217-204. - Gambar fail BERNAMA
PEMAIN tenpin bowling negara, Rafiq Ismail menamatkan kemarau 39 tahun apabila berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara perseorangan di Kejohanan Bowling Dunia Lelaki di Hong Kong, pada Sabtu.
Pemain berusia 21 tahun itu menewaskan pemenang pingat emas 2014, Dan MacLelland dari Kanada dengan 217-204.
Kali terakhir Malaysia menang pingat emas dalam kategori lelaki dalam kejohanan itu ialah pada tahun 1979 di Manila, menerusi gandingan trio J.B Koo, Allan Hooi dan Edward Lim.

TAHNIAH! @_rafiqismail terus mengharumkan nama negara apabila berjaya menjuarai acara perseorangan di Kejohanan Dunia Lelaki 2018 di Hong Kong setelah menewaskan Dan Maclelland daripada Canada! #TeamMAS #MalaysiaBoleh pic.twitter.com/VFB57xrdSu

— TEAM MAS (@myTeamMAS) December 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dan MacLelland #Hong Kong #Kejohanan Bowling Dunia #lelaki #Malaysia #Manila #Rafiq Ismail
;