Pemain Selangor digantung seumur hidup

Haresh Deol
Februari 26, 2013 22:25 MYT
Pemain import Selangor, Ramez Dayoub dilaporkan telah dikenakan tindakan penggantungan seumur hidup oleh Persatuan Bolasepak Lubnan.
Seorang lagi pemain Lubnan, Mahmoud Ali yang bermain untuk pasukan Persiba Balikpapan turut dikenakan tindakan sama.
Kedua pemain bagaimanapun dibenarkan membuat rayuan bagi keputusan tersebut.
Pasukan Selangor, yang dikenali dengan the Red Giants, kini sedang berada di Kolkata, India untuk perlawanan kumpulan H, Piala AFC menentang Bengal Timur, Rabu ini.
Dayoub, 28, telah mula bermain di Selangor dalam Liga Super sejak musim lepas dan telah menjadi kegemaran peminat sejak kemasukan beliau.
#bolasepak #Liga Super #lubnan #Ramez Dayoub #Selangor
;