Pemain pasukan Kuching FA disahkan positif COVID-19

Astro Awani
Julai 24, 2020 23:33 MYT
Susulan itu, kelab Kuching FA memaklumkan kesemua aktiviti latihan telah dihentikan sementara waktu dan mengikuti panduan dan arahan dari pihak berkuasa demi keselamatan pemain-pemain dan masyarakat. - Facebook @KuchingFA
Hanya berbaki dua hari lagi sebelum bermulanya Liga Malaysia (Liga M) pada 26 Ogos ini, seorang pemain pasukan Kuching FA disahkan positif COVID-19.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pasukan tersebut menerusi akaun Facebook rasmi pada Jumaat malam.
“Untuk makluman semua, seorang dari pemain kami disahkan positif COVID-19. Beliau bertugas di Hospital Sentosa dan diklasifikasikan dari kluster Hospital Sentosa.
“Pihak kami sentiasa menekankan kepada kepatuhan dengan setiap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan MFL dalam aktiviti latihan harian kami,” jelasnya.
Susulan itu, kelab itu memaklumkan kesemua aktiviti latihan telah dihentikan sementara waktu dan mengikuti panduan dan arahan dari pihak berkuasa demi keselamatan pemain-pemain dan masyarakat.
“Sama-sama kita doakan agar kesemua pemain dan staf kejurulatihan dijauhkan dari pandemik ini dan semoga pemain tersebut cepat sembuh,” menurut kenyataan itu lagi.
#Facebook #Hospital #koronavirus #Kuching #Kuching FA #liga m #Liga Malaysia #pandemik #pemain bola sepak #positif COVID-19 #SOP
;