Pemain Malaysia bebas gangguan psikologi bertemu UAE
Astro Arena
Jun 2, 2021 07:50 MYT
Jun 2, 2021 07:50 MYT
JURULATIH skuad negara, Tan Cheng Hoe, percaya anak buahnya akan turun menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) tanpa gangguan psikologi walaupun bumi negara teluk itu pernah menjadi saksi kepada detik hitam bola sepak negara.
Keyakinan itu disuarakan Cheng Hoe berdasarkan perbandingan barisan pemain negara yang kali ini tampak memiliki 'wow factor' untuk mencipta sejarah layak ke Piala Asia 2023.
Perkongsian lanjut Cheng Hoe bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Kekalahan memalukan berdepan UAE sebelum merupakan salah satu perkara yang tidak dapat dilupakan.
"Semestinya kali ini kami dibarisi pemain yang berbeza dan berharap mampu menghalang gerakan pasukan lawan dan perkara paling penting adalah yakin ketika turun beraksi," kata Cheng Hoe.
"Semua mula bercakap tentang kekalahan 2-1 di Bukit Jalil.
"Kami mampu menghasilkan kemenangan dalam perlawanan itu dan kami lebih bersedia jadi tidak mustahil buat kami untuk melakukannya kali ini," kata Mohamadou Sumareh.
#bola sepak
#jurulatih
#UAE
#wow factor
#Tan Cheng Hoe
#gangguan psikologi
#detik hitam
#Emiriah Arab Bersatu
#Mohamadou Sumareh
#kelayakan Piala Dunia
#Piala Asia
#Piala Dunia
#pemain
#perlawanan