Pemain Liverpool, Mohamed Salah disahkan positif COVID-19

Agensi
November 13, 2020 23:35 MYT
Salah yang sedang mengikuti latihan di peringkat antarabangsa mewakili negaranya kini perlu melakukan pengasingan kendiri. -AP Newsroom
PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah disahkan positif COVID-19 meskipun tidak menunjukkan sebarang gejala, lapor Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA).
Salah yang sedang mengikuti latihan di peringkat antarabangsa mewakili negaranya kini perlu melakukan pengasingan kendiri.
BACA: Kemasukan Mohamed Salah ke Liverpool mengurangkan kadar Islamofobia
Menurut laporan EFA menerusi laman web rasminya, pemain yang berusia 28 tahun itu didapati positif selepas pihak perubatan pasukan kebangsaan melakukan ujian saringan.
EFA turut memaklumkan, pemain lain dalam pasukan tersebut bagaimanapun negatif COVID-19.
#Liverpool #bola sepak #Mesir #perubatan #COVID-19 #ujian saringan #Mohamed Salah
;