Pemain legenda England, Trevor Francis, meninggal dunia pada usia 69 tahun

Astro Arena
Julai 25, 2023 12:03 MYT
Individu kelahiran Plymouth itu mula mencipta nama selaku pemain muda Birmingham menerusi penampilan pertamanya pada 1970. - Stadium Astro
TREVOR Francis, pemain British pertama bernilai 1 juta pound, meninggal dunia pada usia 69 tahun malam tadi.
Bekas penyerang Birmingham itu, yang menjaringkan gol kemenangan Nottingham Forest dalam final Piala Eropah 1979, pernah mewakili England sebanyak 52 kali dan kemudian membimbing Sheffield Wednesday dan Birmingham ke final kejohanan utama selaku pengurus.
Individu kelahiran Plymouth itu mula mencipta nama selaku pemain muda Birmingham menerusi penampilan pertamanya pada 1970.
"Dia meninggal dunia di Sepanyol pagi ini disebabkan serangan jantung," kata jurucakapnya.
Forest memecahkan rekod perpinahan termahal British apabila mengeluarkan perbelanjaan sebanyak 1.15 juta pound (RM6.74 juta) untuk mendapatkan Francis pada 1979.
Dia memulakan kariernya di Birmingham dan telah beraksi sebanyak 328 kali dan menjaringkan 133 gol. -- Stadium Astro
#Trevor Francis #pemain England #meninggal dunia #penyerang Birmingham
;