Pemain kelahiran Portugal, Francisco Geraldes sertai JDT

Astro Arena
Januari 13, 2024 18:16 MYT
Kelab terakhir Geraldes berkhidmat adalah Baniyas yang berpangkalan di Al Shamkha, Abu Dhabi. - Stadium Astro
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan Francisco Geraldes selaku pemain baharu mereka dalam satu ciapan di aplikasi X @OfficialJohor sebentar tadi.
Geraldes merupakan pemain kelahiran Portugal yang pernah beraksi bersama Sporting CP pada musim 2015 hingga 2020.

Welcome to the Home of the Champions! #FranciscoGeraldes#NewSigning#JDTFamily#WhatCanYouDo#TheTMJEffect pic.twitter.com/PTxEziEFBa

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam tempoh itu, Geraldes juga pernah menyarung jersi AEK Athens secara pinjaman pada tahun 2019 hingga 2020.
Kelab terakhir Geraldes berkhidmat adalah Baniyas yang berpangkalan di Al Shamkha, Abu Dhabi.
Posisi utama bagi pemain berusia 28 tahun ini adalah pemain tengah.
Untuk rekod, JDT rangkul kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut, di samping raih gelaran 'quadruple' bagi tahun 2022 dan 2023.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Johor Darul Ta'zim #Francisco Geraldes #JDT #pemain baharu #Liga Super
;