Pemain Indonesia disambar petir, meninggal dunia
Astro Arena
Februari 13, 2024 12:27 MYT
Februari 13, 2024 12:27 MYT
SEORANG pemain bola sepak meninggal dunia selepas tersambar petir ketika sedang beraksi di Stadion Siliwangi, Bandung, Sabtu lalu.
Pemain yang dilaporkan berumur 35 tahun itu dilihat rebah setelah disambar kilat ketika beraksi di stadium Persib Bandung.
Insiden pemain sepak bola tersambar petir di Stadion Siliwangi tersebut viral di media sosial. Menerusi X, ia merupakan carian utama di Indonesia.
Kejadian tersebut berlaku kepada pemain FBI Subang, Septian Raharja, yang bermain dalam perlawanan persahabatan hujung minggu lalu dan meninggal dunia di hospital.
Klip video itu menunjukkan Raharja berjalan di atas padang sebelum tragis disambar petir dan membuat pemain lain bergegas masuk untuk melihat keadaannya dengan ekspresi panik. - Sumber: cnnIndonesia.com
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro