Pemain Harimau Malaya semakin serasi
Astro Arena
Mac 24, 2023 18:23 MYT
Mac 24, 2023 18:23 MYT
Semangat berpasukan yang tinggi serta keinginan untuk mencipta kemenangan ketika berhadapan dengan Turkmenistan dalam perlawanan persahabatan tier 1 semalam merupakan faktor utama kejayaan Malaysia apabila memperolehi kemenangan ke atas pasukan yang menduduki tangga ke-145 ranking dunia itu.
Sudah pasti kemenangan itu akan menambah lagi keyakinan anak didik Kim Pan Gon apabila berhadapan dengan Hong Kong dalam melakukan persiapan menghadapai pusingan akhir Piala AFC nanti.
Apa yang pernah dinyatakan penulis sebelum ini iaitu skuad yang di panggil Kim Pan Gon kali ini adalah sebuah skuad yang seimbang daripada semua bahagian dan ini menjadi kenyataan apabila mereka tidak gentar apabila berhadapan dengan anak didik Mergen Orazow yang mempunyai fizikal yang lebih tegap dan tinggi daripada pemain tempatan.
Lihat sahaja bagaimana kelibat Akhyar Rahsid dan Faisal Halim yang bertubuh kecil tetapi lincah di bahagian sayap untuk memperdayakan benteng pertahanan lawan tetapi yang lebih menarik perhatian penulis adalah bagaimana corak dan strategi dipamerkan Kim Pan Gon kali ini.
Dengan menggunakan formasi 4-3-3, Kim Pan Gon banyak memulakan serangan dari bahagian tengah di mana Endrick Dos Santos dan Paulo Jasue yang banyak memainkan peranan untuk menghalakan hantaran bola kepada Akhyar Rashid dan Faisal Halim melalui hantaran lolos, terutama di belakang pertahanan lawan agar kedua-dua pemain ini cepat masuk bahagian dalam berhampiran kawasan penalti sebagai penggerak jaringan tunggal oleh Akhyar.
Sementara itu, Brendan Gan dan barisan pertahanan yang diketuai oleh Dion Cool banyak memainkan peranan untuk menyekat gerakan lawan, terutama di bahagian tengah untuk memastikan Harimau Malaya kembali memgawal bola.
Persefahaman dipamerkan di antara bahagian pertahanan kiri dan kanan bersama pemain midfield dan sayap begitu baik di mana kita dapat melihat setiap gerakan dilakukan begitu tersusun dan kerap menampakkan bentuk segi tiga dan rotasi sering berlaku di antara mereka, terutama ketika melakukan serangan.
Ini menunjukkan tanda positif yang mereka sudah semakin seras, gegitu juga dengan pemain-pemain baru yang dimasukkan seperti Nooa Laine yang sudah dapat mula dapat menyesuaikan dirinya bersama Harimau Malaya dan ini menunjukkan skuad kendalian Kim Pan Gon ini semakin digeruni.