Pemain Ghana, John Paintsil ditangkap kerana tikam isteri
AFP
Februari 23, 2013 08:52 MYT
Februari 23, 2013 08:52 MYT
Pemain antarabangsa Ghana dan bekas pemain pertahanan pasukan liga inggeris Fulham, West Ham dan Leicester City, John Paintsil diberkas polis pada Jumaat selepas didakwa menikam isterinya.
Jurucakap polis memberitahu Paintsil ditahan setelah dilihat mengejar isterinya di halaman jiran dan sebelum menikamnya.
Isterinya kini sedang menerima rawatan di hospital berikutan kecederaan mata yang serius dipercayai akibat diserang, tambah jurucakap polis lagi.
Paintsil pernah beraksi untuk skuad Ghana pada Piala Dunia 2006 dan 2010.
Dia juga menganggotai pasukan itu yang menduduki tangga keempat tahun ini di Kejohanan Negara-Negara Afrika yang berlangsung di Afrika Selatan.