Pemain bawa mentaliti di JDT ke skuad kebangsaan - TMJ

Madiha Abdullah
Disember 12, 2018 17:22 MYT
TMJ menyifatkan winning mentality seumpama itu merupakan sesuatu yang diterapkan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).
BEKAS Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memuji semangat yang dimiliki skuad Harimau Malaya untuk memburu gol dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menentang Vietnam, pada Selasa.
Tengku Mahkota Johor itu menyifatkan winning mentality seumpama itu merupakan sesuatu yang sememangnya diterapkan oleh kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), dan kini diaplikasikan pemain yang berada di kem pasukan kebangsaan.
"Di JDT, semuanya adalah mengenai 'Winning Mentality'. Saya 'push' para pemain saya 'to the limit'. Lama-kelamaan ia menjadi satu ketagihan.
"Mereka bukan sahaja melakukannya untuk kelab, mereka turut membawa mentaliti tersebut apabila bermain untuk negara. Saya bangga dengan kamu semua serta seluruh pasukan," katanya dalam satu entri di akaun Facebook Johor Southern Tigers.
Dalam perlawanan penuh dramatik semalam, skuad negara yang ketinggalan 2 gol mempamer aksi membanggakan apabila berjaya bangkit menerusi gol jaringan Shahrul Saad dan Safawi Rasid.
Juara AFF edisi kali ini bakal ditentukan menerusi aksi timbal balik di Hanoi, Sabtu ini.
#Facebook #FAM #JDT #Johor Darul Ta'zim #Persatuan Bolasepak Malaysia #Tengku Mahkota Johor #TMJ #Tunku Ismail #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #Vietnam
;