Peluncur ski Swiss cedera parah selepas terjatuh

Astro Awani
Disember 30, 2024 10:00 MYT
Caviezel ketika meluncur pada kelajuan tinggi sebelum terjatuh di Bormii, Itali. - Foto AP
BORMIO: Peluncur ski Switzerland, Gino Caviezel, mengalami kecederaan serius selepas terjatuh dalam perlumbaan Piala Dunia Super-G di Bormio, Itali pada Ahad.
Beliau yang merupakan peserta pertama dalam perlumbaan itu, hanya mampu bertahan selama 50 saat sebelum terjatuh.
Ketika insiden, Caviezel dilaporkan hilang keseimbangan sebelum tergelincir ketika menuruni cerun curam.
Beliau kemudian terbaring di landasan ski dan menerima rawatan awal sebelum dibawa ke hospital dengan helikopter.
Perlumbaan terpaksa dihentikan sementara akibat insiden tersebut.
Caviezel sebelum ini mewakili Switzerland dalam tiga kejohanan Sukan Olimpik Musim Sejuk dan enam Kejohanan Dunia.
#Gino Caviezel #Piala Dunia Super-G #terjatuh #cedera parah
;