Pelumba maut di saingan WSBK Rusia

Astro Awani
Julai 22, 2013 16:04 MYT
Kejohanan Superbikes Dunia (WSBK) di Moscow berakhir dengan tragedi apabila salah seorang pelumba, Andrea Antonelli maut ketika perlumbaan kedua berlangsung.
Keadaan trek basah ekoran hujan menjejaskan perlumbaan kali ini.
Akibatnya, beberapa pelumba mengalami kemalangan dan masalah jentera.
Antaranya David Guigliano, Eugene Laverty dan Leon Haslam.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalang dua pelumba BMW, Marco Melandri dan Chaz Davies menguasai perlumbaan.
Kedua-duanya menamatkan saingan di kedudukan pertama dan kedua.
Perlumbaan kedua berlangsung lebih perlahan apabila hujan lebat memaksa pelumba mempamer tunggangan berhati-hati.
Bagamanapun, nasib malang menimpa Antonelli apabila motosikal beliau tergelincir dan dirempuh Lorenzo Zanetti.
Kemalangan itu menyebabkan perlumbaan kedua dihentikan serta merta.
Antonelli disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah.
#andrea antonelli #maut #motosikal #pelumba #WSBK
;