Pelumba berbasikal kemalangan maut ketika 'downhill' Jelajah Austria
Astro Arena
Julai 7, 2024 14:47 MYT
Julai 7, 2024 14:47 MYT
PELUMBA Norway, Andre Drege, menemui ajal selepas terjatuh dalam kayuhan menuruni bukit dalam Jelajah Austria, awal pagi tadi.
Kejadian malang itu berlaku di sebuah jalan yang terletak di wilayah Grossglockner apabila pelumba berusia 25 tahun yang mewakili Coop Repsol itu yang telah memenangi tujuh kejohanan tahun ini terjatuh ketika berada dalam peloton (kelompok) hadapan.
Sehubungan itu, upacara penyampaian hadiah pusingan keempat itu kemudian dibatalkan sementara sama ada pusingan akhir akan diteruskan akan ditentukan sedikit masa lagi.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro