Pelumba basikal Switzerland, Furrer, meninggal dunia selepas kemalangan di Kejuaraan Dunia

Bernama
September 27, 2024 04:45 MYT
Wajah Furrer dipancarkan di skrin pada acara berbasikal Kejuaraan Dunia di Zurich bagi memberi penghormatan terakhir buatnya, 27 Sept 2024. (Foto AP)
ZURICH: Pelumba basikal Switzerland berusia 18 tahun, Muriel Furrer, meninggal dunia pada Jumaat selepas terlibat dalam kemalangan sehari sebelumnya di Kejuaraan Dunia di Zurich, yang menyebabkan kecederaan serius di kepala.
Badan induk dunia, UCI, dan penganjur Kejuaraan Dunia mengumumkan kematiannya, lapor agensi berita Jerman dpa.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Zurich, tempat beliau menerima rawatan.
"Dengan pemergian Muriel Furrer, komuniti berbasikal antarabangsa kehilangan seorang pelumba yang memiliki masa depan yang cerah," kata UCI dalam satu kenyataan.
Keluarga Furrer meminta agar privasi mereka dihormati dalam masa yang sukar ini.
Persatuan itu telah menjadualkan sidang media pada pukul 5 petang, Jumaat.

The cycling world mourns the loss of Muriel Furrer. It is with heavy hearts that we say goodbye to this young rider, and we extend our heartfelt condolences to all her family, friends, and teammates. Rest in peace. pic.twitter.com/YEtEldhd59

— UCI (@UCI_cycling) September 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Furrer mengalami kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dalam perlumbaan remaja wanita di Kejuaraan Lebuh Raya Dunia di Zurich.
Beliau terjatuh di kawasan berhutan di litar di bahagian utara Tasik Zurich, yang digunakan dalam semua perlumbaan lebuh raya.
Furrer dibawa ke hospital dengan helikopter penyelamat. Namun, doktor tidak dapat menyelamatkan nyawanya.
Punca sebenar kemalangan itu masih belum jelas. Siasatan sedang dijalankan.
Kejuaraan Dunia diteruskan pada Jumaat dengan perlumbaan lelaki bawah 23 tahun.
-- BERNAMA
#Muriel Furrer #Kejuaraan Dunia di Zurich #pelumba basikal Switzerland #Muriel Furrer meninggal dunia
;