Pele semakin stabil, dipindahkan ke wad biasa
Astro Awani
September 15, 2021 08:36 MYT
September 15, 2021 08:36 MYT
SAO PAULO: Legenda bola sepak Brazil, Pele telah dipindahkan ke wad biasa selepas ditempatkan di unit rawatan rapi susulan pembedahan membuang ketumbuhan di ususnya.
Hospital Albert Einstein dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, bekas pemain berusia 80 tahun itu kini dalam keadaan stabil.
Pemengang Piala Dunia tiga kali itu dimasukkan ke hospital awal bulan ini selepas ketumbuhan berkenaan dikesan ketika menjalani pemeriksaan rutin.
Ketumbuhan berkenaan berjaya dikeluarkan dan kini sedang dianalisis.
Pele bergelut dengan beberapa masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu dan kini perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.
Dia turut jarang kelihatan di khalayak ramai selepas menjalani pembedahan pinggul pada 2012.