Pele kembali dimasukkan ke hospital di Brazil
AFP
November 25, 2014 12:36 MYT
November 25, 2014 12:36 MYT
Legenda bola sepak Brazil, Pele, kembali dimasukkan ke hospital semalam di Sao Paolo selepas menjalani pembedahan membuang batu karang di buah pinggang.
“Dia dimasukkan ke wad ini namun kami belum menerima sebarang butiran lanjut mengenai keadaannya,” ujar jurucakap di Hospital Albert Einstein. Media tempatan melaporkan bahawa Pele dirawat bagi masalah jangkitan salur kencing.
Ikon tersebut yang dilahirkan dengan nama Edson Arantes do Nascimento telah menjalani pembedahan pada 13 November bagi membuang batu karang di buah pinggangnya.
Menurut teman rapat dan penjaganya, Jose Fornos Rodrigues , legenda berusia 74 tahun tersebut telah dihantar ke hospital selepas mengadu sakit di bahagian perut. Pele terpaksa melupakan acara menandatangani buku di bandar Santos. Dia telah keluar dari hospital dua hari kemudiannya.
Pele yang dilahirkan di sebuah kediamannya di Tres Cora Coes disanjung sebagai wira bola sepak terhebat dalam sejarah sukan tersebut.