Pelayaran: Kejayaan Fauzi jadi hadiah untuk keluarga, rakyat Malaysia

Astro Arena
Ogos 31, 2018 21:35 MYT
Atlet sukan layar negara, Mohd. Fauzi Kaman Shah, 16, berjaya meyumbang satu lagi pingat emas buat negara di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
PELAYAR, Muhammad Fauzi Kaman Shah, muncul penyumbang pingat emas termuda buat kontinjen negara dalam Sukan Asia 2018 selepas menjuarai kelas terbuka laser 4.7 setelah memenangi perlumbaan terakhir dengan 20 mata.
Dalam aksi di Pusat Pelayaran Nasional Jakarta, Fauzi yang baru berusia 16 tahun membuktikan usia bukan penghalang untuknya mencipta kejayaan besar.
Dia mengatasi pencabar terdekat, Wang Jianxiong, dengan kelebihan 22 mata, sekaligus memastikan kilauan emas pertama skuad pelayaran sejak temasya 2014.
BACA: Mohd Fauzi sumbang emas ke-6 negara
"Saya rasa gembira kerana dapat menghadirkan emas keenam untuk Malaysia," kata Fauzi.
"Bagi saya, tekanan hari ini agak kurang kerana kutipan mata sudah jauh. Saya selesa ketika beraksi.
"Saya rasa berbangga kerana menghadirkan kejayaan ini pada usia yang muda. Ia untuk keluarga dan semua rakyat Malaysia."
#Fauzi Kaman Shah #Jakarta #pelayaran #pingat emas #rakyat Malaysia #Sukan Asia #Wang Jianxiong
;