Pelari pecut Ecuador ditemui maut dengan kesan tembakan
Astro Awani
Oktober 24, 2021 09:49 MYT
Oktober 24, 2021 09:49 MYT
GUAYAQUIL: Pelari pecut Ecuador, Alex Quinonez ditemui maut dengan kesan tembakan di Guayaquil, kata polis pada Sabtu.
Quinonez, 32, menjadi kebanggaan negara pada 2012 apabila berjaya memasuki acara final 200 meter di temasya Olimpik London.
Dia mendapat tempat ketujuh dalam perlumbaan yang dimenangi Usain Bolt.
Menurut laporan akhbar tempatan El Universo, Quinonez ditembak mati di tengah bandar kira-kira jam 9.20 malam waktu tempatan pada Jumaat.
Seorang lagi lelaki turut maut dalam kejadian tersebut.
Setakat ini tiada tangkapan dibuat.
Presiden Ecuador dalam satu kenyataan pada Sabtu berjanji akan membawa mereka yang terlibat ke muka keadilan.
Berita kematian Quinonez turut disahkan Jawatankuasa Olimpik Ecuador pada Sabtu.
Polis belum mendedahkan apa-apa maklumat tentang kejadian tersebut hanya siasatan sedang giat dijalankan.