Pelan KBS selepas veledrom dirobohkan

Astro Awani
November 11, 2013 12:54 MYT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merangka dua pelan bagi memastikan atlet berbasikal trek mempunyai tempat latihan susulan velodrom di Cheras akan dirobohkan tidak lama lagi.
Malaysia bakal memiliki velodrom tertutup kelas satu di Nilai, Negeri Sembilan selepas mendapat kelulusan kabinet untuk ia dibina.
Dijangka siap dalam tempoh dua tahun, timbul persoalan dimana tempat latihan atlet negara jika velodrom sedia ada di Cheras Kuala Lumpur turut dirobohkan.
Bagi meleraikan kekeliruan, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada Ahad tampil memberi penjelasan.
Tambah Khairy, KBS juga sudah menghantar surat rasmi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi meluluskan permbinaan velodrom latihan sebelum velodrom cheras dirobohkan.
Khairy turut menolak untuk menghantar semua atlit berbasikal trek negara berlatih di luar negara kerana yakin pelan kedua iaitu menaik taraf Velodrom Rakyat di Opoh juga dapat direalisasikan.
Tapak velodrom yang akan dibina DBKL terletak berhampiran Pusat Akuatik Kuala Lumpur di Cheras.
#Khairy Jamaluddin #Menteri Belia dan Sukan #velodrom
;