Pelaksanaan PKPB: Battle of the Bulge ditunda

Astro Awani
Oktober 13, 2020 14:53 MYT
Waktu ini, Yayasan ECM Libra yang aktif menganjurkan program untuk golongan kurang berkemampuan sejak pandemik mula menyerang negara pada Mac akan terus memberikan sokongan kepada organisasi bukan kerajaan (NGO).
KUALA LUMPUR: Perlawanan skuasy amal ‘Battle of the Bulge’ melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan hartawan hartanah Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din yang dijadualkan pada 18 Oktober ini di Bukit Jalil akan ditunda.
Menerusi kenyataan Yayasan ECM Libra, program itu ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Usaha untuk mengumpul dana untuk kumpulan yang terjejas setakat ini sudah berjaya mendapat lebih RM600,000 dan RM200,000 lagi juga bakal diterima.
“Kami berterima kasih kepada penderma untuk sokongan mereka dan kami harap situasi akan kembali normal bagi membolehkan perlawanan antara Tan Sri Tony dan Tan Sri Salim dilangsungkan pada hujung November atau awal Disember,” katanya.
Waktu ini, Yayasan ECM Libra yang aktif menganjurkan program untuk golongan kurang berkemampuan sejak pandemik mula menyerang negara pada Mac akan terus memberikan sokongan kepada organisasi bukan kerajaan (NGO).
#Tony Fernandes #AirAsia #NGO #Bukit Jalil #Skuasy #PKPB #pandemik #Yayasan ECM Libra #Mohamad Salim Fateh Din
;