Pelakon Mickey Rourke tewaskan lawan lebih muda pada usia 62 tahun
Agensi
November 30, 2014 10:43 MYT
November 30, 2014 10:43 MYT
Kerjaya pelakon Hollywood, Mickey Rourke melonjak pada usia 62 tahun apabila dia berjaya menewaskan lawannya yang jauh lebih muda pada perlawanan yang berlangsung Jumaat di Moscow.
Rourke, yang memakai seluar tinju berlatarbelakangkan bendera Rusia memberikan beberapa pukulan terhadap Elliot Seymour, 29 seorang peninju profesional Amerika, dan menyebabkan pertarungan itu ditamatkan.
Perlawanan yang pada awalnya ditetapkan 12 minit setengah dengan lima pusingan akhirnya bertahan hanya empat minit.
Sebelum perlawanan, Rourke yang beratnya 81.3 kilogram iaitu sama dengan berat lawannya, hadir dengan hanya memakai topi koboi dan seluar peninju biru sambil menayangkan badannya yang sasa dan bertatu itu.
"Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat kembali ke gelanggang tinju" beritahu Rourke kepada AFP sebelum perlawanan.
Sebelum menjadi peninju amatur, Rourke memulakan kerjaya di Hollywood dan pernah diangkat sebagai bintang simbol seks ketika membintangi filem-filem seperti 9 ½ Weeks.
Beliau kemudian menjadikan tinju sebagai kerjaya profesional untuk lapan perlawanan sekitar tahun 1990an dan pernah menjalani pembedahan plastik pada wajah akibat dibelasah teruk.
Pada tahun 2008, Rourke membintangi filem The Wrestler yang berkisarkan mengenai seorang ahli gusti dan berjaya memenangi anugerah Pelakon Terbaik untuk watak tersebut di Golden Globe.