Pedrosa rakam masa terpantas sesi latihan bebas
Bernama
Oktober 24, 2014 22:48 MYT
Oktober 24, 2014 22:48 MYT
Pelumba pasukan Repsol Honda, Dani Pedrosa merakamkan masa terpantas pada hari pembukaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Litar Sepang, di sini hari ini.
Pelumba Sepanyol berusia 29 tahun itu mencatat masa dua minit 1.379 saat, semasa sesi latihan bebas pertama atas trek kering.
Hujan lebat menyebabkan sesi latihan kedua tergendala dan memaksa pelumba menukar kepada tayar basah dan memperlahankan catatan.
Pada sesi latihan kedua atas trek basah pada tengah hari, pelumba Movistar Yamaha MotoGP, Jorge Lorenzo mencatatkan masa terpantas dengan 2:14.503s.
Lorenzo mendahului juara dunia MotoGP 2014, Marc Marquez manakala Pedrosa, Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) dan Aleix Espargaro (NGM Forward Racing) berada dalam kelompok lima teratas semasa sesi latihan kedua.
Marquez, yang mengintai kejuaraan bagi kali ke-12 musim ini, yang kedua terpantas pada sesi tengah hari dengan 2:14.745s, berada di posisi keempat pada sesi awal dengan 2:01.670s.
Tetapi catatan masa pada sesi latihan bebas pertama atas trek kering yang diambil kira untuk kelayakan secara automatik dua penyertaan.
Sementara itu, pendahulu kejohanan pada Moto2, Esteve Rabat daripada pasukan Marc VDS Racing mencatatkan masa terpantas 2:07.729s untuk mendahului sementara pelumba AirAsia Caterham Moto Racing Johann Zarco, menduduki tangga kedua keseluruhan dalam catatan masa terbaik pada sesi latihan bebas pertama.
Zarco mencatatkan 2:08.048s pada sesi pertama tetapi menduduki posisi kelapan selepas membuat catatan 2:08.752s pada sesi tengah hari yang berlangsung di atas trek basah.
Maverick Vinales dari Paginas Amarillas HP 40) berada di tempat ketiga.
Pelumba Itali berusia 18 tahun, Niccolo Antonelli daripada Pasukan GO & FUN mencatatkan masa terpantas dalam kategori Moto3 dengan 2:13.583s pada sesi tengah hari.
Antonelli mendahului Jakub Kornfeil daripada Pasukan Calvio Team dan Alex Marquex daripada Estrella Galicia 0,0, pelumba kedua dan ketiga terpantas pada sesi latihan kedua hari ini.
#Dani Pedrosa
#latihan bebas pertama
#litar sepang
#masa terpantas
#MotoGP
#Repsol Honda
#sepanyol
#trek kering