Pecah rekod tanpa kalah, Leverkusen mara ke final Liga Europa

Astro Arena
Mei 10, 2024 10:05 MYT
Stanisic meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika perlawanan separuh akhir pusingan kedua Liga Europa antara Leverkusen dan Roma di Bay Arena di Leverkusen, Jerman, 9 Mei 2024. (Foto AP)
BAYER Leverkusen mara ke final Liga Europa dan melebarkan rekod tanpa kalah mereka yang menakjubkan kepada 49 perlawanan awal pagi tadi ketika Josip Stanisic menjaringkan gol dalam masa kecederaan dalam keputusan seri 2-2 yang dramatik dengan Roma.
Setelah memenangi perlawanan pertama minggu lalu 2-0 di Itali, Leverkusen menjadi pilihan untuk mara ke final di Dublin, walaupun dua penalti Leandro Paredes membenarkan pelawat membawa prospek mengheret permainan ke masa tambahan.
Paredes mengurangkan defisit Leverkusen selepas Jonathan Tah mengasari Sardar Azmoun, kemudian bola terkena tangan Adam Hlozek sejurus permainan melewati 60 minit.
Bagaimanapun, hati Roma hancur apabila penjaga gol, Mile Svilar gagal menepis keluar hantaran pemain lawan menerusi sepakan sudut hingga memaksa Gianluca Mancini melakukan jaringan sendiri.
Daripada mendahului 2-1 dalam perlawanan itu, Leverkusen mengejar gol penyamaan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam semua pertandingan musim ini.
Stanisic menjadi watak penting apabila melepaskan rembatan untuk memastikan gol kedua buat Leverkusen.
Pasukan bimbingan Xabi Alonso kini tidak tewas dalam 49 perlawanan dalam semua pertandingan, memecahkan rekod peringkat teratas Eropah Benfica sebelum ini iaitu 48 perlawanan, yang dibuat antara 1963 dan 1965.

Sláinte! WE'RE GOING TO DUBLIN BABY! #B04ASR | #Bayer04 #UEL #aCROSSeurope @EuropaLeague pic.twitter.com/nT0G55aBNw

— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) May 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bayer Leverkusen #UEL #Liga Europa
;